HALA TUJU PPDa

HALA TUJU PPDa KEBANGSAAN
_________________________________________

"1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH"



RASIONAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di seklah secara sistematik dan berkesan.

MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran 
“ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”



 


VISI
"Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015"




MISI
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah
( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.



LATAR BELAKANG PPDa
 Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ”Dadah Musuh Utama Negara”.

Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.





RUANG LINGKUP PERLAKSANAAN PPDa DI SEKOLAH
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006-Menangani masalah kesihatan.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979-Laporan murid-murid dalam keadaan risiko Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986-Penyalahgunaan inhalan
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997-Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004-Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995-Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah di agensi kerajaan.
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984-Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983-Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983-Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995-Petikan dari akta dadah berbahaya.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975-Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975-Disiplin murid-murid menghisap rokok


    Tiada ulasan: