29 Februari 2012

Majlis Penutup Minggu Anti Dadah 
SK Pengkalan Tereh, Kluang



29 Februari 2012

MAKLUMAT BERKAITAN DADAH
SEMPENA PROGRAM CUMA 5 MINIT PERINGKAT SEKOLAH
- HARI KETIGA - 


JENIS-JENIS DADAH

Dadah sebenarnya dapat ditafsirkan sebagai bahan kimia yang  samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh megubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Dadah UTAMA boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian  iaitu :

a. Opiat
b. Ganja (Cannabis)
c. Perangsang (Stimulant)
d. Penekanan (Depressants)
e. Halusinogen



1. OPIAT / OPIATE
Contoh : Candu, morfin, heroin dan kodein


Kegunaan farmasi :
Sejenis bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan .

28 Februari 2012

MAKLUMAT BERKAITAN DADAH
SEMPENA PROGRAM CUMA 5 MINIT PERINGKAT SEKOLAH
- HARI KEDUA - 



Bil.
UNDANG-UNDANG DADAH
TUJUAN AKTA
1.
Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.
2.
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

27 Februari 2012

MAKLUMAT BERKAITAN DADAH
SEMPENA PROGRAM CUMA 5 MINIT PERINGKAT SEKOLAH
- HARI PERTAMA - 




SIMPTOM-SIMPTOM PENAGIHAN DADAH
  Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.

  1. Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di                     sekolah/tempat kerja.
  2. Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.
  3. Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.