GALERI 2012


Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012
23 - 29 Februari 2012
Dirasmikan oleh Guru Besar Sk Pengkalan Tereh, Encik Jasman Bin Mursid.
Perasmian
Hari Ke-2 Minggu Anti Dadah

Prgram Anti Dadah 2012 dianjurkan oleh Unit Pencegahan Dadah & Anti Merokok dan Unit Kesihatan & Kebersihan dengan kerjasama 3 panitia iaitu Panitia Pendidikan Moral, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Program ini adalah program tahunan Pengurusan Hal Ehwal Murid sekolah ini selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Program ini adalah medium utama bagi murid di peringkat sekolah rendah mendapatkan pendidikan pencegahan dadah kerana generasi pelapis kita hari ini berdepan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh itu, kesedaran tentang bahaya dan ancaman dadah perlulah diterapkan sedari awal lagi.
Murid-murid diharap dapat terkesan dengan bahana dadah menerusi aktiviti-aktiviti yang disediakan dan seterusnya memberi impak yang luar biasa dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara. Program ini juga dijalankan selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan SEKOLAH BEBAS DADAH pada tahun ini iaitu tahun 2012.

Hari Ke-2 Minggu Anti Dadah
MAD
MAD
MAD

Hari Pertama Minggu Anti Dadah
Perasmian
Guru-guru dan kakitangan SK Pengkalan Tereh memulakan Program Anti-Dadah peringkat sekolah bermula 23 Februari 2012 dengan menandatangani Pengisytiharan SAYA BENCI DADAH dan diikuti oleh murid-murid di dalam buku khas yang telah disediakan.
Mewarna Tahap1
Pertandingan mewarna poster murid-murid pra sekolah dan tahap 1.
Mewarna Thp2
Pertandingan melukis poster tahap 2.
Seramai 3 peserta dipilih sebagai pemenang bagi kategori pra sekolah, murid tahap 1 dan tahap 2. Pemenang disaring oleh guru-guru pendidikan seni visual sebelum diadili secara muktamad oleh Guru Besar dan GPK 1. Hadiah akan disampaikan pada majlis penutup dan penyampaian hadiah minggu hadapan. Program diteruskan pada keesokkan harinya, Jumaat, 24 Februari 2012.