26 Februari 2012



Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan
Padang Awam,Taman Sri Lambak, Kluang
26 Februari 2012 /Ahad



Pelancaran Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaa 2012

Laungan SKUAD 1 Malaysia bergegar dan semarak di sini. Sambutan warga Kluang khususnya daripada Parlimen Sembrong di Majlis Pelancaran Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan hari ini amat menggalakkan. Pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia beramai-ramai membanjiri Padang Awam Taman Sri Lambak atau T6, Kluang, Johor sejak dari awal pagi lagi. 

Program dimulakan dengan acara senamrobik dan diwarnai dengan pameran-pameran dari jabatan kerajaan dan swasta, pertandingan futsal, gubahan bunga dan barang hantaran, memasak, mewarna dan wall climbing. Seterusnya pengunjung telah disajikan dengan persembahan dari Band C & C, AADK Idol dan Cindy Lim serta Aisyah.

Ruang pameran yang paling mendapat perhatian ialah kaunter SKUAD 1Malaysia. Sambutan adalah di luar jangkaan kerana pengunjung berpusu-pusu hendak mendaftar menjadi ahli SKUAD

YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Yang Mulia Datin Seri Tengku Marshilla juga turut meluangkan masa dengan masyarakat di T6 yang rata-rata teruja dengan acara peringkat kebangsaaan yang diadakan di sini..

Tiada ulasan: